Jumat, 22 Agustus 2008

Riwayat Imam Ali Ridho AS

Di riwayatkan oleh Imam Rida AS dari datuk neneknya AS berkata: Dan telah bersabda Rasulullah SAWAW: Allah tidak menjadikan makhluk lebih baik daripadaku dan lebih mulia daripadaku, Ali AS berkata: Engkau berkata wahai Rasulullah, kamu lebih baik atau Jibril? Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah telah melebihkan kedudukan nabi-nabi al-Mursalin dari MalaikatNya al-Muqarabbin, dan melebihi aku di atas sekalian nabi-nabi dan para rasul. Dan kelebihan selepasku untuk kamu wahai Ali dan imam-imam selepas kamu, kerana para malaikat adalah khadam kita, khadam orang yang mencintai kita sehingga baginda bersabda: Bagaimana kita telah melebihi para malaikat kerana kita mendahului mereka mengenali Tuhan kita, bertasbih, bertahlil kepadaNya sehingga baginda bersabda: Kemudian sesungguhnya Allah telah menjadikan Adam, maka Allah telah meletakkan kita di hujung sulbinya dan Dia memerintahkan sujud kepadaNya, kerana menghormatinya. Dan sujud mereka itu adalah ibadat. Dan sujud mereka kepada Adam adalah untuk kemuliaan dan ketaatan kerana kita berada di sulbinya (Yanabi al-Mawaddah, hlm. 485; Fusul al-Muhimmah oleh al-Hurr al-Amili, Najaf, 1374, hlm. 158).

Daripada Imam Ja’far al-Sadiq AS dari datuk nenek beliau berkata: “Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan Ulul Azmi kepada rasul-rasul dan melebihkan kedudukan mereka dengan ilmu. Dan kami telah mewarisi ilmu mereka dan Dia melebihi kami di atas ilmu mereka. Dan Rasulullah SAWAW mengetahui apa yang mereka tidak mengetahui. Kami mengetahui ilmu Rasulullah SAWAW dan ilmu-ilmu mereka.” (Fusul al-Muhimmah, hlm. 152)

Daripada Said bin Jubair daripada Ibn Abbas berkata: Bersabda Rasulullah SAWAW: “Sesungguhnya khalifah-khalifahku dan wasi-wasiku, hujah-hujah Allah di atas makhlukNya selepasku ialah 12 orang; yang pertama Ali dan yang akhirnya cicitku al-Mahdi; maka itulah Isa b. Maryam bersembahyang di belakang al-Mahdi (Yanabi al-Mawaddah, hlm. 447)

Oleh itu mereka menegaskan bahawa martabat Imam al-Mahdi AS lebih tinggi dari Nabi Isa AS sebagai Nabi mursal kerana beliau akan bersembahyang di belakang Imam al-Mahdi AS (Ibid., hlm. 447)

Rasulullah SAWAW bersabda: Barang siapa yang ingin melihat kepada Adam tentang ilmunya, kepada Nuh tentang azamnya, kepada Ibrahim tentang lembutnya, kepada Musa tentang kehebatannya, kepada Isa tentang kezuhudannya maka hendaklah ia melihat kepada Ali b. Abi Talib (Imam Ahmad bin Hanbal, Musnad, Bab Kelebihan Ali, Fakhuruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Surah Mubahilah, Yanabi al-Mawaddah, Bab 40).

“Imam-imam telah wujud sebelum wujudnya alam ini sebagai cahaya-cahaya, dan Allah jadikan mereka berpusing di sekeliling Arasy.”

Pendapat seperti ini adalah sandarannya dalam beberapa hadith Nabi dalam kitab Ahli Sunnah sendiri. Antaranya ialah hadith yang dikeluarkan oleh Abu al-Mu’ayyid Ibn Ahmad al-Khawarizmi dengan sanadnya dari Abu Sulaiman yang berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAWAW dan Ahli Baitnya berkata: Di malam aku dinaikkan ke langit(Mi’raj) Allah SWT berkata kepadaku...lihatlah di kanan Arasy, lalu aku memaling ke arahnya, maka aku dapati Ali, Fatimah, Hasan, Husayn, Ali b. Husayn, Muhammad b. Ali, Ja’far b. Muhammad, Musa b. Ja’far, Ali b. Musa, Muhammad b. Ali, Ali b. Muhammad, Hasan b. Ali, dan Muhammad al-Mahdi b. Hasan; ia seperti cakerawala yang berpusing di kalangan mereka. Dan dia berfirman: “Wahai Muhammad, mereka itulah hujah-hujahKu ke atas hamba-hambaKu, merekalah wasi-wasiKu (khalifah-khalifahku).”(Yanabi al-Mawaddah, hlm. 487)

Sabda Nabi SAWAW: “Wasi-wasi engkau tertulis di tepi ArasyKu, lalu aku melihat dan mendapati 12 cahaya (Ibid)”. Kejadian Nabi Muhammad dan wasi-wasinya (Ibid.hlm. 485).

Tidak ada komentar: